Kelas Advokasi – Kuiz Memancing Data ( Phishing) dan Panggilan Palsu
25 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 24 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah mengadakan kelas advokasi menggunakan aplikasi Wordwall.net. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai keselamatan penggunaan internet.
Kelas ini dibahagikan kepada 2 sesi dimana dalam sesi pertama peserta dikehendaki untuk menjawab soalan dan jawapan advokasi yang betul di laman web Quizizz.com. Markah akan diberi setelah peserta menjawab kesemua soalan yang dipaparkan.
Untuk sesi kedua, peserta diminta untuk menjawab soalan berkaitan dengan Panggilan Palsu. Mereka dikehendaki menjawab kesemua soalan dan markah akan dipaparkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: